





Latest News
- Temuduga Terbuka – Program Transformasi Asnaf MAIPs Perlis
- Pengumuman #2
- Waktu Operasi Kaunter Agihan & Kutipan Zakat: (Isnin-Khamis) Pagi 08:30am- 01:00pm, Rehat 01:00pm-02:00pm, Petang 02:00pm- 04:30pm (Jumaat) Pagi 08:30am- 12:15pm, Rehat 12:15pm-02:45pm, Petang 02:45pm- 04:30pm (Sabtu dan Ahad tutup) | Wakaf Tunai MAIPs – Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun Bank Islam 09010010063983 | Iklan Tender MAIPs- Mohon Klick pada ruangan iklan untuk info lanjut | Dimaklumkan bahawa nombor talian MAIPs 04-9794439 tidak dapat digunakan sementara waktu bagi kerja-kerja pembaikan oleh TM. Nombor yang boleh dihubungi: 04-9772780, 04-9782784, 04-9772781, 04-9775779. Pelanggan juga boleh berhubung melalui PM di laman Facebook Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) atau e-mel korporat@maips.gov.my. Harap maklum.
Perkembangan Terkini

Kompleks bangunan lama Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis (IPTIPs) di Kg Guar Jentik yang kini sedang dibaik pulih secara rasmi dijenamakan sebagai Institut Latihan Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra. Penjenamaan ini telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), yang turut menyerahkan pengurusan kompleks tersebut kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).
Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil sempena Majlis Penutup Sukan Antara Institusi Agama Negeri Perlis (SUKIPs) Tahun 2024 yang berlangsung pada hari Sabtu.
Tuanku Syed Faizuddin Putra dalam titahnya menzahirkan harapan agar kompleks ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pusat latihan, pendidikan, dan pelaksanaan aktiviti yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat Islam di negeri Perlis. Keberadaan kompleks ini juga diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi setempat, khususnya di kawasan Kg Guar Jentik.
Menurut kenyataan MAIPs, Institut Latihan Islam ini akan dijadikan sebagai hab strategik bagi pelbagai program yang bertujuan memperkukuhkan modal insan masyarakat Islam, selari dengan visi negeri Perlis sebagai model Islam progresif di peringkat nasional.
Terdahulu, Tuanku Raja Muda mengetuai program Kayuhan MAIPs Peduli yang turut melibatkan penyerahan bantuan kepada tiga keluarga asnaf terpilih. Mereka yang menerima bantuan adalah Makhatar Man (71 tahun) dari Kg Belukar, Hassrol Affandi Osman (42 tahun) dari Kg Lembah Biak, dan Ku Parma Ku Mohammad (71 tahun), juga dari Kg Lembah Biak.
Setiap penerima mendapat sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM700, beras fidyah, dan Kits MAIPs Peduli. Bantuan ini diharapkan dapat meringankan beban golongan asnaf serta meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MAIPs untuk memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, selain memperkukuh hubungan antara institusi agama dan masyarakat setempat.
- 2024/12/10 5:07 PM
- Suara Merdeka

Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) menerima sumbangan CSR Zakat daripada Lembaga Tabung Haji (LTH) sebanyak RM128,750 melalui Program Iqra’ Tabung Haji IPTS 2024.
Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan melalui upacara simbolik penerimaan oleh Rektor UniSIRAJ, Prof. Dr. Muhammad Rozaimi Ramle daripada Pengarah Lembaga Tabung Haji Wilayah Utara, Datuk Mohammad Mokhzani Mukhtar sambil disaksikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor UniSIRAJ di Galeri DiRaja Arau baru-baru ini.
Turut hadir sama adalah Mufti Perlis, Datuk Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Haji Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengarah Negeri Perlis LTH, Hj Burhan Abd Rahman.
Untuk rekod UniSIRAJ yang bernaung di bawah MAIPs sebelum ini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) dan baru sahaja mendapat kelulusan naiktaraf daripada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) pada 15 November 2024 lalu.
- 2024/12/10 5:05 PM
- Suara Merdeka

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail telah berkenan berangkat menyantuni mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Titi Tinggi, Padang Besar malam tadi.
Baginda merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menyampaikan sumbangan bernilai RM1,000 bagi pembelian keperluan tambahan untuk para penghuni di PPS tersebut.
Keberangkatan Baginda disambut oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis, Ku Chik Ku Mat Isa, Timbalan Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner, Baderulhisham Baharudin, serta Reswan Ramli yang mewakili Bahagian Pentadbiran Daerah j(BPD), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.
Baginda diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs), Najmuddin Abdul Karim.
MENJAGA KESELAMATAN DIRI
Semasa bertitah, Baginda menasihati para penghuni PPS agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga sepanjang berada di pusat pemindahan tersebut.
Baginda turut mengingatkan agar mereka mematuhi segala arahan daripada petugas demi kelancaran pengurusan bencana.
Setakat ini, terdapat tiga PPS utama yang dibuka di negeri Perlis, iaitu di SK Arau, SK Guar Nangka, dan SK Titi Tinggi, bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir yang terjejas.
Lawatan ini mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap rakyat jelata, sekali gus memberi semangat kepada mangsa bencana untuk terus tabah menghadapi cabaran ini.
- 2024/12/02 11:01 AM
- Jendela Madani
Kemudahan Anda Adalah Keutamaan Kami
MAIPs komited dalam menyediakan perkhidmatan digital yang memudahkan urusan anda.
Semak
- Agihan
- Skim Bantuan Zakat
- Status Permohonan
- Kutipan
- Kalkulator Zakat
- Penyata Zakat
Mohon
Sertai Aktiviti Menarik

Kerjaya Asnaf
Program Kejuruteraan Industri Automasi
Latihan berasaskan industri sebenar. Diiktiraf JPK-SKM2.
- 100% pendidikan PERCUMA dan pekerjaan ditawarkan.
- Penginapan, pengangkutan, dan elaun bulanan disediakan.
Keselesaan dan Kemudahan di Tangan Anda
Kami menyediakan pelbagai kaedah bayaran terkini untuk pusat bayaran untuk zakat, wakaf, dan sewa.

Pautan Pantas
Pautan MAIPs
Majlis Agama Islam Negeri (MAIN)
Agensi Kerajaan